Orang-orang Minangkabau dan Kiprahnya Minangkabau

Dari kiri: Lt. Adnan Saidi, Mohammad Hatta, Yusof Ishak dan Dr Sheikh Muzaphar Shukor

Suku Minang terkenal sebagai suku yang terpelajar. Oleh sebab itu, mereka menyebar di seluruh Indonesia bahkan mancanegara dalam berbagai macam profesi dan keahlian, antara lain sebagai ahli politik, pengarang, ulama, pengajar, wartawan, dan pedagang. Berdasarkan jumlah penduduk yang relatif kecil (2,7% dari penduduk Indonesia), Minangkabau merupakan salah satu suku dengan banyak pencapaian.[10] Majalah Tempo di Indonesia dalam edisi khas tahun 2000 mencatatkan bahawa 6 daripada 10 tokoh penting Indonesia pada abad ke-20 merupakan orang Minang.[18] Selaini tu, 3 daripada 4 orang pengasas Republik Indonesia adalah putera-putera Minangkabau.[19][20]

Keberkesanan dan kejayaan orang Minang banyak diraih ketika berada di perantauan. Sejak dulu mereka telah merantau ke pelbagai daerah di Jawa, Sulawesi, semenanjung Malaysia, Thailand, Brunei, hingga Filipina. Pada tahun 1390, Raja Bagindo mendirikan Kesultanan Sulu di Fiilipina Selatan. Pada abad ke-14, orang Minang melakukan penghijrahan ke Negeri Sembilan, Malaysia dan mengangkat seorang raja daripada kalangan orang Minang untuk memerintah negeri baru tersebut. Raja Melewar merupakan raja pertama Negeri Sembilan yang diangkat pada tahun 1773. Pada akhir abad ke-16, ulama Minangkabau Dato Ri Bandang, Dato Ri Patimang, dan Dato Ri Tiro, menyebarkan Islam di Indonesia timur dan mengislamkan Kesultanan Gowa. Setelah gagal merebut takhta Kesultanan Johor, pada tahun 1723 putra Pagaruyung yang bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmad Syah mengasaskan Kerajaan Siak di darat Riau.[21]

Kedatangan reformis Muslim yang menuntut ilmu di Kaherah dan Makkah mempengaruhi sistem pendidikan di Minangkabau. Sekolah Islam moden Sumatera Thawalib dan Diniyah Putri banyak melahirkan aktivis yang banyak berperanan dalam proses kemerdekaan, antara lain A.R Sutan Mansur, Siradjuddin Abbas, dan Djamaluddin Tamin.

Pada tempoh 1920 - 1960, banyak ahli politik Indonesia yang berpengaruh lahir dari ranah Minangkabau. Menjadi salah satu pemangkin perjuangan kemerdekaan Asia, pada tahun 1923 Tan Malaka dipilih menjadi wakil Komunis antarabangsa untuk rantau Asia Tenggara. Ahli politik Minang lain, Mohammad Yamin, menjadi pelopor Sumpah Pemuda yang menyatukan seluruh rakyat Hindia-Belanda. Di dalam Volksraad, ahli politik Minang yang paling vokal. Mereka antara lain Jahja Datoek Kajo, Agus Salim, dan Abdul Muis. Tokoh Minang yang lain Mohammad Hatta, menjadi salah seorang tokoh yang mengisytiharkan emerdekaan Indonesia bersama Sukarno. Setelah kemerdekaan, empat orang Minangkabau memegang jawatam perdana menteri (Sutan Syahrir, Mohammad Hatta, Abdul Halim, Mohammad Natsir), seorang sebagai Presiden (Assaat), seorang sebagai wakil presiden (Mohammad Hatta), seorang menjadi pimpinan parlimen (Chaerul Saleh), dan puluhan yang menjadi menteri, di antara yang cukup terkenal ialah Azwar Anas, Fahmi Idris, dan Emil Salim. Emil bahkan menjadi orang Indonesia yang paling lama bertugas dalam pemerintah Indonesia. Minangkabau, salah satu dari dua etnik selain etnik Jawa, yang selalu mempunyai wakil dalam setiap kabinet Republik Indonesia. Selain dalam bidang pemerintahan, semasa era Demokrasi Liberal Parlimen Indonesia didominasi oleh ahli politik Minang. Mereka tergabung ke dalam aneka macam parti dan ideologi, Islamiah, nasionalis, komunis, dan sosialis.

Beberapa parti politik Indonesia diasaskan oleh ahli politik Minang. PARI dan Murba diasaskan oleh Tan Malaka, Parti Sosialis Indonesia oleh Sutan Sjahrir, PNI Baru oleh Mohammad Hatta, Masyumi oleh Mohammad Natsir, Perti oleh Sulaiman ar-Rasuli, dan Permi oleh Rasuna Said. Di Malaysia, beberapa parti politik juga diasaskan oleh ahli politik Minang. Parti Rakyat Malaysia ditubuhkan oleh Ahmad Boestamam dan Parti Komunis Malaya diasaskan oleh Rashid Maidin. Selain mendirikan parti politik, ahli politik Minang juga banyak menghasilkan buku-buku yang menjadi bacaan wajib para aktivis pergerakan.

Penulis Minang banyak mempengaruhi perkembangan bahasa dan sastra Indonesia. Mereka mengembangkan bahasa melalui pelbagai macam karya tulis dan kemahiran. Marah Roesli, Abdul Muis, dan Hamka berkarya melalui penulisan novel. Nur Sutan Iskandar novelis Minang lain, tercatat sebagai penulis novel Indonesia yang paling produktif. Chairil Anwar dan Taufiq Ismail berkarya lelaluiewat penulisan puisi. Sutan Takdir Alisjahbana, novelis sekaligus ahli tata bahasa, melakukan proses pemodenan bahasa Indonesia sehingga menjadi bahasa perpaduan nasional negara itu. Novel-novel karya sasterawan Minang seperti Siti Nurbaya, Salah Asuhan, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Layar Terkembang, dan Robohnya Surau Kami" telah menjadi bahan bacaan wajib bagi pelajar-pelajar di Indonesia dan Malaysia.

Selain melalui karya sastera, pengembangan bahasa banyak pula dilakukan oleh wartawan Minang. Mereka antara lain Djamaluddin Adinegoro, Rosihan Anwar, dan Abdul Rahim Kajai. Di samping Abdul Rivai yang digelar sebagai Perintis Akhbar Indonesia, Rohana Kudus yang menerbitkan Sunting Melayu, menjadi wartawan sekaligus pemilik akhbar wanita pertama di Indonesia.

Di Indonesia dan Malaysia, di samping orang Cina, orang Minang juga terkenal sebagai pengusaha ulung. Banyak pengusaha Minang berjaya dalam bidang perdagangan tekstil, rumah makan, perhotelan, pendidikan, dan rumah sakit. Di antara tokoh pengusaha yang berjaya termasuk Abdul Latief (pemilik TV One), Basrizal Koto (pemilik ladang lembu terbesar di Asia Tenggara), Hasyim Ning (pengusaha perakitan mobil pertama di Indonesia), dan Tunku Tan Sri Abdullah (pemilik Melewar Corporation Malaysia)

Banyak juga orang Minang yang berjaya di dunia hiburan, baik sebagai pengarah, penerbit, penyanyi, maupun artis. Sebagai pengarah dan penerbit ada Usmar Ismail, Djamaludin Malik, Nas Achnas dan Arizal. Arizal bahkan menjadi pengarah dan penerbit filem yang paling banyak menghasilkan karya. Sekurang-kurangnya 52 filem dan 8 sinetron dalam 1,196 episod telah dihasilkannya. Pelakon dan penyanyi Minang yang terkenal beberapa di antaranya adalah Aznil Nawawi, Afgan Syah Reza, Nirina Zubir, dan Bunga Citra Lestari. Pekerja seni yang lain, ratu kuiz Ani Sumadi, menjadi pelopor dunia kuiz di Indonesia. Di samping mereka, Sukarno M. Noer beserta anak lelakinya Rano Karno, mungkin menjadi penghibur paling berjaya di Indonesia, baik sebagai pelakon mahupun pengarah filem. Pada tahun 1993, Karno's Film syarikat filem milik keluarga Sukarno, menghasilkan filem siri dengan kedudukan tertinggi sepanjang sejarah perfilman Indonesia, Si Doel Anak sekolahan.

Di Malaysia dan Singapura, beberapa orang Minang telah memegang jawatan penting dalam bidang pemerintahan. Mereka termasuk Tuanku Abdul Rahman (Yang Dipertuan Agung pertama Malaysia), Yusof Ishak (Presiden pertama Singapura), Rais Yatim, dan Amirsham Abdul Aziz. Di samping sebagai ahli politik, tokoh Minang lainnya seperti Zubir Said (komposer lagu kebangsaan Singapura Majulah Singapura), Sheikh Muszaphar Shukor (angkasawan pertama Malaysia), Tahir Jalaluddin Al-Azhari, dan Adnan bin Saidi, banyak memberikan sumbangan kepada kededua negara tersebut.

Ada pula tokoh Minang yang mempunyai reputasi antarabangsa. Di negara [[Belanda]], Roestam Effendi yang mewakili Parti Komunis Belanda, menjadi orang Indonesia pertama yang mejadi ahli parlimen di sana.[22] Di Arab Saudi, hanya Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, seorang yang bukan orang Arab, pernah menjadi imam besar Masjidil Haram. Mohammad Natsir, salah seorang tokoh Islam terkemuka, pernah memegang jawatan presiden Liga Muslim Sedunia, ketua Dewan Masjid Sedunia, dan ahli lembaga eksekutif Rabithah Alam Islamy yang berpusat di Makkah. Selain itu, Azyumardi Azra, orang Minang pertama yang mendapat gelaran Sir daripada Kerajaan Inggeris.

Rujukan

WikiPedia: Minangkabau http://www.melayuonline.com%7Ctitle=Sejarah http://www.antara-sumbar.com/id/index.php?sumbar=p... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/383458/M... http://www.rajaalihaji.com/id/article.php?a=YURIL3... http://www.saudiaramcoworld.com/issue/199104/on.cu... http://www.saudiaramcoworld.com/issue/199104/the.c... http://www.tempointeraktif.com/hg/caping/1979/06/0... http://www.tourismnegerisembilan.com/about/ http://palantaminang.wordpress.com/ http://urangminang.wordpress.com/